Wednesday, May 29, 2013

hanya kerana media sosial dia bohongi rosak susu sebelanga



Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah yang tiada kuasa selainNYa.
Entri ini bukan menuding jari menyebelahkan mana pihak. Tetapi entri yang ingin ku tulis ini adalah untuk peringatan buat diri yang kian alpa menelan diri ke lembah yang lebih hina dari haiwan. Wahai sahabat-sahabat sekalian, Allah ada memberi ayat amaran kepada kita akan “La Taqrobuzzina”-jangan Dekati zina. Dan zina itu lah termasuk zina melalui pembohongan. Perkara yang paling Allah sendiri bencikan yakni berbohong. Pada fikiranku bohong atau istilah menipu terjatuh dalam satu jenis zina selain zina tangan dan zina hati. Dan umum juga kita ketahui, zina merupakan dosa besar disisi Allah. Bukan sahaja kepada Allah, tetapi ia juga melibatkan orang lain sekiranya pembohongan itu melibatkan diri kita dan orang lain. Kerana 1 pembohongan kita dapat melibatkan ramai orang dan lebih menyedihkan apabila kita berbohong pada bakal Suami kita sendiri. Wahai asdiqa’ku sekalian, penulisanku ini bukanlah luahan, dan ini adalah pengajaran buat diriku dan terpulang pada kalian menilai sejauh mana kebenarannya. Sekali kita lakukannya, ia dapat meruntuh segala tebing kepercayaan dalam hubungan. Ia hanya bermula dengan media social. Dan dek kelalaian kita dengan media social, kita mula lupa dan alpa bahawa bakal suami kita tidak tahu akan kita lalai dengan media social. Jika hati ini sahaja yang runtuh apabila bakal suami sedih begini, apatah lagi beliau yang sentiasa percayakan kita. Dan buat diriku, jangan anda mengharap si suami akan letak kan kepercayaan pada kita. Wahai diri, sekali Allah memberi kita peluang, gunakan lah sebaiknya.  Janganlah aku menilai segala kesempurnaan orang lain, tetapi audit diri sendiri baru anda layak utk audit mereka.
Ibarat kisah si pengembala kambing yang menipu orang kg. akan kambingnya dicuri sehinggakan pada suatu tahap mereka tidak lagi mempercayainya. Dan akhirnya, musnah lah rezeki si pengembala kambing kerana kesemua kambing telah dimakan musang si haiwan binatang buas.
;(

Saturday, May 11, 2013

bicara kemanisan wanita

Kemanisan bicara seorang wanita dapat mengegarkan sebuah istana, menyejukkan jiwa yang kehangatan juga menghancurkan dirinya sendiri. Oleh itu tempatkanlah ia di sudut yang damai agar kebahagian biar berpanjangan. Seseorang manusia itu akan disanjung kiranya dirinya dibekali dengan akhlak yang mulia disulami dengan bunga bunga keimanan dan dihiasi dengan cahaya ketaatan kepada Tuhan
••• Jangan ditanya pula bila di padang mahsyar nanti,
bila Nabi Muhammad memanggil umatnya,
tapi ada segolongan umat yang dihalau oleh malaikat dari meminum air telaga kautsar.

Sebab apa?
Sebab sokong puak zalim,
tak ikut sunnah Nabi,
walaupun tangan dan mukanya bercahaya kesan wudhuk yang sempurna.
 
Ya Allah, Takutnya aku akan azabMU;(
Ada dua kata-kata ulama yang ingin saya kongsi di sini, pertama - “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku merasakan semua orang lebih baik daripada diriku.” Kedua: “Aku tidak keluar rumah sehinggalah aku bergantung hanya pada Allah.” Bayangkan jika kita hanya bergantung pada Allah dan merasakan semua orang lebih baik daripada kita, kita sudah mencapai kesedaran ketuhanan yang sangat tinggi dan InsyaAllah mendapat syurga dunia dan syurga akhirat. Jadi ibu-ibu jangan marah anak-anak di rumah, mereka itu semuanya ahli syurga.
sumber:Prof. Dr. Muhaya ;)

hikmah itu suci

✽ SELALU ADA HIKMAH NYA ✽

❥ KEHILANGAN mengajarkan kita arti MEMILIKI..

❥ KEKECEWAAN mengajarkan kita arti KETABAHAN..

❥ KESEPIAN mengajarkan kita Arti KEBERSAMAAN..

❥ Percayalah karena di balik setiap yang terjadi selalu ada HIKMAH yang bisa kita PETIK..

❥ Bukankah untuk MENGUATKAN langkah ke depan kadang-kadang kita harus MUNDUR selangkah kebelakang??

❥ Kesalahan & kegagalan yang TERJADI seharusnya membuat kita menjadi lebih kuat, tabah, arif & bijak..

❥ ITULAH harga mati sebuah KEDEWASAAN..

  Semoga Bermanfaat. ;)

Friday, May 3, 2013

Aku mampu membayangkan AL MUJAHID itu sebagai seorang pejuang yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan, berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.. Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila di seru, dia menyahut. Apabila di panggil dia menjawab..

T_T
Sabda Nabi SAW "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji."
|Al-Hafiz Abu Naim|