Wednesday, May 29, 2013

hanya kerana media sosial dia bohongi rosak susu sebelanga



Bismillahirrahmanirrahim…
Dengan Nama Allah yang tiada kuasa selainNYa.
Entri ini bukan menuding jari menyebelahkan mana pihak. Tetapi entri yang ingin ku tulis ini adalah untuk peringatan buat diri yang kian alpa menelan diri ke lembah yang lebih hina dari haiwan. Wahai sahabat-sahabat sekalian, Allah ada memberi ayat amaran kepada kita akan “La Taqrobuzzina”-jangan Dekati zina. Dan zina itu lah termasuk zina melalui pembohongan. Perkara yang paling Allah sendiri bencikan yakni berbohong. Pada fikiranku bohong atau istilah menipu terjatuh dalam satu jenis zina selain zina tangan dan zina hati. Dan umum juga kita ketahui, zina merupakan dosa besar disisi Allah. Bukan sahaja kepada Allah, tetapi ia juga melibatkan orang lain sekiranya pembohongan itu melibatkan diri kita dan orang lain. Kerana 1 pembohongan kita dapat melibatkan ramai orang dan lebih menyedihkan apabila kita berbohong pada bakal Suami kita sendiri. Wahai asdiqa’ku sekalian, penulisanku ini bukanlah luahan, dan ini adalah pengajaran buat diriku dan terpulang pada kalian menilai sejauh mana kebenarannya. Sekali kita lakukannya, ia dapat meruntuh segala tebing kepercayaan dalam hubungan. Ia hanya bermula dengan media social. Dan dek kelalaian kita dengan media social, kita mula lupa dan alpa bahawa bakal suami kita tidak tahu akan kita lalai dengan media social. Jika hati ini sahaja yang runtuh apabila bakal suami sedih begini, apatah lagi beliau yang sentiasa percayakan kita. Dan buat diriku, jangan anda mengharap si suami akan letak kan kepercayaan pada kita. Wahai diri, sekali Allah memberi kita peluang, gunakan lah sebaiknya.  Janganlah aku menilai segala kesempurnaan orang lain, tetapi audit diri sendiri baru anda layak utk audit mereka.
Ibarat kisah si pengembala kambing yang menipu orang kg. akan kambingnya dicuri sehinggakan pada suatu tahap mereka tidak lagi mempercayainya. Dan akhirnya, musnah lah rezeki si pengembala kambing kerana kesemua kambing telah dimakan musang si haiwan binatang buas.
;(

No comments:

Post a Comment