Wednesday, May 1, 2013

Kenal vaksin dalam bayi anda. PERHATIAN

Salam Alaik. semoga hidup dan perjuangan kita pada hari semalam, kini sentiasa dalam redha Allah. terdetik di hati unutk mencari satu kepastian dan isu untuk bakal Ulama' yang saya lahirkan, teringat satu isu yang di pos dalam artikel seorang muslimah berkenaan vaksin untuk bayi. tidak mahulah saya bercakap panjang, cukup saya  listkan beberapa point penting yang saya nampak selama ini kenapa isu vaksin ini timbul dan agak hangat sekarang:


1. ISU HALAL.
Refer semula posting pertama saya. Saya tidak pakai tanya orang atau memihak pada satu pihak, saya merujuk kepada pihak yang kita selalu refer untuk status halal atau sebaliknya. Pihak yang logonya kita mesti nak tengok kalau beli barang makanan. Fatwa yang mengatakan ianya HARUS menggunakan sumber yang sedia ada (sumber yang tidak mendapat status halal) sendiri menunjukkan kenapa ia difatwakan sekadar HARUS, dan tidak dimaklumkan sumber itu HALAL DAN SUCI.


2. KANDUNGAN VAKSIN YANG TIDAK SUCI.
Pernah tak kita tahu bagaimana vaksin dihasilkan? Saya sendiri tidak pernah mengambil tahu apa yang terkandung dalam cecair jernih vaksin itu. Hinggalah saya terbaca dan mengikuti perbincangan tentang kandungan vaksin ini dan seterusnya bertanya pihak Jakim sendiri tentang status halal vaksin yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. kasihan saya dan anak yang bakal dilahirkan.

Untuk yang mungkin ingin tahu apa kandungannya.. ini saya senaraikan isi kandungan yang membuatkan kenapa saya membangkitkan isu ini:
- porcine (khinzir/babi)
- sel monyet
- janin bayi yang digugurkan
- gelatin lembu (sembelih ke tak lembu itu)?

Untuk pengetahuan, semua vaksin yg digunakan di Malaysia adalah DIIMPORT. Malaysia tidak mengeluarkan vaksin.)

Untuk yang mengatakan VAKSIN YANG MALAYSIA GUNAKAN SEKARANG SUDAH HALAL, SILA KEMUKAKAN BUKTINYA.


Itu saja dulu tentang isi kandungan. InsyaAllah lepas ni saya cuba semula kaji dan lihat lagi tentang bahan-bahan lain yang terkandung dalam vaksin.


3. ADA BAYI DAN KANAK-KANAK YANG MENERIMA SUNTIKAN VAKSIN, TELAH MENERIMA KESAN ADVERS (ADVERSE EFFECT)
senang diceritakan dalam kata lain, VACCINE INJURED seperti autism, alergi yang teruk, irratabiliti, lemah, hilang selera makan, acute hypersensitivity reaction, anaphylaxis, menangis tanpa henti dan tak dapat ditenangkan, seizure, sepsis dan banyak lagi.


Boleh refer Garis Panduan Farmakovigilans. Ia dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, mengandungi segala maklumat tentang kesan advers daripada pengambilan vaksin (fikir logik,jika sebelum ini tidak wujud kanak-kanak dan bayi yang menerima adverse effect ini, bagaimana boleh kesan-kesan ini disenaraikan oleh kementerian?)


Vaccine injured is REAL. Mereka ini wujud dan para ibu bapa yang anak-anak vaccine injured inilah yang ke sana sini mencari maklumat tentang setiap inci isi kandungan vaksin dan ingin ibu bapa lain juga tahu tentang hal ini supaya anak-anak kita tidak mengalami benda yang sama seperti anak-anak mereka.



4. IBU BAPA TIDAK DIBERITAHU YANG MEREKA ADA HAK UNTUK DIBERITAHU TENTANG KANDUNGAN VAKSIN TERLEBIH DAHULU SEBELUM MEMBENARKAN ANAK MEREKA DISUNTIK.

saya tiada pengalaman sebagai ibu, tetapi saya mengambil cakna untuk bakal ulama' saya. anak yang saya dan bakal suami akan didik. pengalam ibu lain yang saya tanyakan mereka tidak pernah sekalipun diberitahu tentang isi kandungan vaksin (dan mereka sendiri selama ini tidak pernah bertanya kerana selama ini mereka hanya tadah dan terima sahaja, tanpa bertanya KENAPA INJEK BENDA NI? APA ADA DALAM SUNTIKAN INI? Saya tidak bertanya, kerana dalam kepala saya, SEJAK DULU lagi, ada anak kecil, kena bawak inject. Minda dah disetkan sebegitu.)


5. Ibu bapa tidak dimaklumkan tentang wujudnya GARIS PANDUAN FARMAKOVIGILANS. Yang dalam tu terkandung pelbagai adverse effect vaksin.


6. Kebanyakan ibu bapa tidak dimaklumkan tentang bahawasanya, ADA KANAK-KANAK dan BAYI YANG TIDAK BOLEH MENERIMA VAKSIN kerana masalah alergi dan beberapa masalah lain, dan jika tetap menerima suntikan vaksin, kesan advers yang agak teruk akan berlaku. MEREKA TIDAK DIBERITAHU. Hasilnya, anak-anak yang menderita vaccine injuries. (refer no.3).


7. IBU BAPA TIDAK DIBERITAHU MEREKA PUNYA PILIHAN UNTUK MEVAKSIN ANAK ATAU TIDAK.
PILIHAN. CHOICE.

Mereka ada hak untuk tidak membenarkan anak disuntik. Tapi ada yang diberikan kata-kata ugutan supaya mevaksin anak, ada yang dimarahi kerana mempertikaikan atau sekadar bertanya sahaja kenapa anak perlu disuntik. Di sini, PILIHAN sudah tiada.


Bagi ibu bapa yang anak-anak mereka vaccine injured, jika kita menjadi diri mereka, apa perasaan? Jika nisbah 1:sejuta sekalipun, jika yang 1 itu anak kita, bagaimana perasaan?


8. Ada kanak-kanak yang sudah menerima suntikan vaksin campak, masih terkena campak. Yang mengambil vaksin rotavitus, masih terkena rotavirus (tahukah anda vaksin rotavirus sudah disahkan mengandungi unsur babi oleh Jakim?) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-penggunaan-vaksin-biothrax-dan-vaksin-rotateq-yang-menggunakan-unsur-babi-dal


9. Ada ibu bapa yang telah mengambil suntikan ROTAVIRUS di klinik swasta untuk anak-anak mereka, TIDAK PERNAH DIBERITAHU tentang isi kandungan vaksin ini. Yang memang terang-terang mengandungi unsur Khinzir/babi. Mereka tidak diberitahu, tidak diberitahu.

Salah seorang daripada ibu bapa yang tidak diberitahu adalah ibu saya sendiri. (how I wish I know the truth about vaccine earlier, so that I could spread the info earlier.)


10. Penggunaan vaksin yang dikategorikan sebagai DARURAT mungkin perlu difahami semula. Lihat penyakit apa yang dikatakan akan dicegah melalui vaksin. Lihat dan fikir, daruratkah ia? Tidak bolehkah ia dicegah dan diubati dengan sesuatu YANG LAIN, YANG HALAL DAN TIDAK SYUBHAH?

MADU, HABBATUS SAUDA, MAKANAN DAN AMALAN SUNNAH Rasulullah yang ditekankan dalam Islam (selain penekanan meninggalkan yang haram dan syubhah even untuk berubat) sebelum ini dipandang sepi. Kerana kita dari dahulu nampak yang lain dulu daripada yang Rasulullah sarankan. Sedangkan apa yang datang dari Rasulullah itu adalah dari Allah. DIA yang mendatangkan penyakit, dia juga yang memberitahu gunakan apa untuk mengubati dan mencegah penyakit.

--------------------------------

Lagi skali, jika yang sudah inject vaksin campak dan rotavirus contohnya, tapi selepas itu masih mendapat penyakit itu, apa gunanya vaksin itu disuntik?

Dan tahu pula tentang kandungannya, tahu pula tentang sebenarnya ibu bapa punya pilihan untuk membenarkan anak disuntik atau tidak.. dan tahu pula tentang sebenarnya ibu bapa perlu diberitahu terlebih dahulu tentang kemungkinan-kemungkin kesan advers yang anak mereka mungkin akan terima sebelum membenarkan anak disuntik?

Adakah kita masih ingin diam?



Baca sendiri.
Nilai sendiri.
Anda punya pandangan sendiri.

ini harapan saya. luahan saya sebagai bakal ibu.
Saya berharap ada perubahan yang dapat dilakukan selepas ini. Anak amanah Allah, makanan pun kita ambik tahu isi kandungan sebelum makan. Kenapa apa yang disuntik ke tubuh anak, kita tak ambik tahu?

Sudah tiba masanya pihak yang sepatutnya bertanggungjawab memberi maklumat kepada ibu bapa menjalankan tanggungjawab dengan amanah. GARIS PANDUAN FARMAKOVIGILANS tolong baca.

fikir,
hayati,
selidik,
pilihan,
bertindak.

sekadar perkongsian.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment